KOTA KINABALU: Lima pemburu haram termasuk dua remaja ditahan dalam operasi Op Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Batu 38, Nabawan sempadan Hutan Simpan Ulu Pinangah, dekat sini, pada Jumaat
Operasi jam 4.10 petang yang dijalankan bersama Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar Sabah itu turut merampas selaras senjata api jenis Bakakuk.
Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, kelima-lima suspek berusia 13 hingga 44 tahun ditahan ketika menaiki sebuah pacuan empat roda.
Katanya, hasil pemeriksaan menemui selaras Bakakuk bersama 17 butir peluru yang dipercayai untuk digunakan dalam aktiviti pemburuan haram.
“Dalam kes tersebut, pasukan operasi turut merampas pelbagai barangan termasuk senjata api dan kenderaan yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM47,170,” katanya kepada Astro AWANI.
Mohd Abduh berkata, semua suspek dan rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Eleanor Michelle Patrick
Sat Aug 28 2021
Kesemua suspek berusia 13 hingga 44 tahun ditahan ketika menaiki sebuah pacuan empat roda. - Ihsan PGA
Buah-buahan Malaysia pikat warga Namibia, pacu potensi perdagangan
Produk pertanian Malaysia terutama buah-buahan berpotensi besar untuk dieksport ke Namibia. Ini kerana negara di benua Afrika itu melihat produk Pertanian Malaysia adalah istimewa dan hanya terdapat di negara tropika seperti nangka manggis dan durian.
Putin tiba di Beijing dalam usaha dapatkan sokongan China terhadap perang di Ukraine
Lawatan Putin dilihat sebagai talian hayat ekonomi bagi Rusia selepas Barat mengenakan sekatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Kyrgyz hasrat Malaysia lantik penasihat kerajaan
Anwar berkata hasrat itu dizahirkan oleh rakan sejawatnya Pengerusi Menteri-Menteri Kabinet Republik Kyrgyz, Akylbek Zhaparov pada pertemuan mereka di Kediaman Negara Ala Archa pada Rabu.
Pemasangan 'feeder pillar' baharu di Jalan Kepong-Kuala Selangor bermula Jun ini
Pemasangan feeder pillar melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 itu akan ditempatkan di kawasan terang dan terdedah kepada orang awam.
Ditembak lima das, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang “bertarung nyawa”
Pembedahan selama tiga setengah jam ke atas Robert Fico sangat kompleks, kata Menteri Pertahanan Robert Kalik.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Peningkatan pemburuan haram badak sumbu, NGO bantu biak 2,000 ekor
Badak sumbu sentiasa disasarkan untuk tanduknya yang mendapat permintaan di Asia Timur untuk ubat-ubatan tradisional dan perhiasan.
PDRM batal lebih 1,000 lesen raifal kekang pemburuan haram
Sebanyak 1,010 lesen pemilikan senjata api jenis raifal dibatalkan dalam tempoh tiga tahun bermula 2020 dalam usaha mengekang aktiviti pemburuan haram.
Pindaan Akta 716 dikuatkuasakan Julai ini - KP Perhilitan
Pengkuatkuasaan akta itu dibuat setelah ia diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Sifar kes pemburuan haram tahun lepas - Perhilitan
Satu daripada perkara positif disebabkan pandemik ialah ia membantu mengurangkan kes pemburuan haram hidupan liar di Malaysia kepada sifar.
PGA cekup empat pemburu haram
Semua rampasan termasuk empat motosikal dianggarkan bernilai keseluruhan sebanyak RM20,970.
Diracun di taman negara, enam bangkai singa ditemukan dalam keadaan dikerat-kerat
Kini tinggal kira-kira 20,000 singa yang hidup di Afrika, berbanding abad lepas di mana terdapat sekitar 200,000 singa
Empat pegawai, anggota polis antara 14 ditahan terbabit aktiviti pemburuan haram
Seramai 14 individu termasuk empat pegawai dan anggota polis ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti pemburuan haram.
Pemburuan haram di Lenggong, 4 penjawat awam antara 11 ditahan
Kesemua mereka yang berusia 13 hingga 52 tahun itu diberkas dalam Op Khazanah oleh Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.
12 ditahan terlibat pemburuan haram, simpan dua pelanduk
Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pemilikan sah ke atas hidupan liar.
Sultan Ibrahim murka pemburuan haram semakin berleluasa di Johor
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka kerana aktiviti pemburuan haram masih berlaku di beberapa kawasan hutan di negeri itu dengan yang terbaharu dipercayai malam tadi.